Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPWS Terus Komited Tingkat Kemahiran Wanita Sabah

KOTA KINABALU: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) terus komited dalam membantu meningkatkan kemahiran dan pembangunan wanita di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman berkata pelbagai program dan aktiviti dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) sempena Sambutan Hari Wanita 2018.

“Pengisian sambutan seperti Seminar ‘Women of Substance’, ‘Conference on Gender Inclusiveness and Equality’ serta Malam Penganugerahan Tokoh dan Ikon-ikon Wanita.

Toh Puan Norlidah (duduk tengah) berkenan hadir majlis tersebut. Gambar SNT/Ehsan Penerangan

“MPWS juga berbangga kerana berjaya menyiapkan Pelan Induk Pembangunan Wanita Negeri Sabah bagi 2018 hingga 2022 dan Buku Direktori Usahawan Wanita Negeri Sabah,” jelasnya dalam Majlis Jamuan Teh Pemimpin Wanita Bersama Toh Puan Norlidah R.M Jasni di sini, petang Jumaat.

Tambah beliau, terdapat juga program yang sedang berlangsung seperti Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs melibatkan 45 orang usahawan wanita muda berumur antara 18 hingga 35 tahun yang diberikan pendedahan ilmiah, kemahiran dan rangkaian niaga.

Toh Puan Norlidah (empat dari kiri) dan Shuryani (tiga dari kiri) melawat gerai jualan peserta projek ‘Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs’ anjuran MPWS. Gambar SNT/Ehsan Penerangan

Dalam pada itu, MPWS turut sedang menjalankan kaji selidik Indeks Kesejahteraan Wanita Negeri Sabah dan mendapat sokongan kerajaan negeri untuk menubuhkan Pusat Bantuan Guaman Wanita yang diselenggarakan oleh JHEWA.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Shuryani Shuaib; Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Hendro Retno Wulan; Konsulat Jeneral Brunei Darussalam, Pg. Noriyah PLW Pg. Yusof; isteri menteri-menteri kabinet, ketua-ketua kementerian, jabatan, badan berkanun dan badan bukan kerajaan. –SabahNewsToday/Penerangan

 

Komen


Berita Berkaitan