Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPV terbabas, 4 pelancong Australia cedera

Seorang lelaki memeriksa kenderaan Avanza yang dinaiki empat pelancong asing dan seorang rakyat tempatan yang terbabas ke dalam gaung.
TERBABAS… Seorang lelaki memeriksa kenderaan Avanza yang dinaiki empat pelancong asing dan seorang rakyat tempatan yang terbabas ke dalam gaung

KOTA KINABALU – Kecuaian seorang pemandu mengakibatkan dua orang cedera parah sementara dua lagi cedera ringan apabila kenderaan MPV yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Telipok, dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan jam 3.50 petang itu, melibatkan sekeluarga pelancong asing dari Australia berumur antara 15 hingga 47 tahun manakala pemandu terbabit berumur 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pemandu mengalami cedera parah retak di bahagian kaki manakala pelancong lelaki berumur 47 tahun parah di bahagian bahu.

“Dua lagi pelancong lelaki dan wanita masing-masing berumur 15 dan 39 hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kenderaan jenis Toyota Avanza itu dipercayai dari arah Kiulu menuju ke Kota Kinabalu sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di Kampung Kebayau, Telipok.

“Semua pelancong asing terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk diberi rawatan kecemasan. Sementara pemandu tersebut pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut,” katanya lagi.

Difahamkan, pemandu itu merupakan kawan kepada pelancong berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan