Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPT Perkenal Dua Aplikasi Mudah Alih

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran berkaitan MPT menggunakan telefon pintar atau komputer berinternet dengan mengakses aplikasi MPTPay, bermula hari ini.

Perkhidmatan pertama seumpama di Sabah yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau capaian daripada laman web MPT itu bakal memudahkan pengguna membuat pembayaran antaranya cukai pintu, lesen operasi, lesen pasar, permit iklan, permit kaki lima serta kompaun.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata pihaknya komited memacu pembangunan mapan melalui penyampaian perkhidmatan yang kreatif dan berinovasi bertujuan untuk memudahkan orang awam.

“MPTPay berkonsepkan mesra pengguna dan diharap dapat meningkatkan hasil pengurusan MPT dan mengurangkan tunggakan pembayaran,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran perkhidmatan pembayaran elektronik MPTPay serta MobilityMPT di sini, hari ini.

Beliau berkata selain itu, pihaknya juga akan menyediakan terminal bergerak pembayaran iaitu MobilityMPT iaitu kakitangan MPT akan bergerak ke premis-premis untuk berjumpa sendiri dengan pengguna yang mahu membuat pembayaran berkaitan.

Katanya untuk tujuan ini MPT bekerjasama dengan dua syarikat iaitu Menggaris IT Sdn Bhd dan Mobility One Sdn Bhd yang membangunkan masing-masing perkhidmatan MPTPay dan MobilityPay.

Pada September 2017, MPT telah melaksanakan perkhidmatan bayaran tempat letak kereta melalui aplikasi JomParking yang pertama di Sabah menerusi kerjasama syarikat konsesi Tawau Carpark. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan