Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPT jamin bangunkan semula Pasar Gantung Tawau di lokasi sama

TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memberi jaminan Pasar Gantung Tawau yang terbakar pada Jumaat lepas akan dibangunkan semula dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna di lokasi sama.

Presiden MPT, Alijus Sipil berkata kos perincian pembangunan semula pasar berkenaan yang menjadi antara daya tarikan utama pelancong dalam dan luar ke daerah ini kini dalam perbincangan.

Menurutnya, pada masa kini pihaknya sedang berusaha agar semua peniaga yang terjejas dalam insiden itu dapat berniaga semula dengan kadar segera di lokasi yang ditetapkan.

“Setelah buat mesyuarat MPT setakat ini kenal pasti dua kawasan iaitu untuk peniaga perhiasan berhampiran Empire dan peniaga pakaian pula kita sedang berunding dengan pemilik tanah di hadapan Marcopolo,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini. Katanya, bagi peniaga yang gerai mereka tidak terlibat dalam kejadian itu pula, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dan semakan sistem pendawaian sebelum dibenarkan berniaga.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.45 pagi itu api telah memusnahkan 77 lot niaga di pasar berkenaan yang membabitkan premis menjual barangan cenderamata, kraftangan dan pakaian.

Kejadian kebakaran itu turut merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan lima premis perniagaan serta sebuah hotel bajet turut terbakar.

Sementara itu mengulas mengenai majlis yang diadakan, Alijus berkata rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan lapisan masyarakat pelbagai etnik dan fahaman agama. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan