Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPT diingatkan pilih kontraktor berkemampuan selesai kerja

Ghapur Salleh ketika sidang media di Pejabat Umno Kalabakan, Tawau. - foto Masani Sandan
Ghapur Salleh ketika sidang media di Pejabat Umno Kalabakan, Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) digesa idak membayar kontraktor dilantik untuk membersihkan kawasan bandar terlebih dahulu sebelum kontraktor berkenaan selesai melakukan kerja yang telah diberi dengan sempurna.

Menurutnya Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, perkara itu penting agar masalah kebersihan khasnya di kawasan bandar yang sering disuarakan tidak lagi menjadi isu kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, MPT telah memberi kontrak menjaga kebersihan bandar kepada kontraktor, justeru masyarakat sudah tentu tidak mahu mendengar kontraktor yang menerima pembayaran tapi tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Ini bayar bulan-bulan tetapi keadaan sama juga, tiada perubahan, rumput masih panjang, parit tersumbat, saluran-saluran pecah tidak diambil endah,’’katanya ketika sidang media di Pejabat Umno Kalabakan, di sini hari ini.

Beliau juga meminta agar MPT tidak menyambung semula tugas ahli majlis yang dipercayai menggunakan jawatan itu untuk kepentingan diri sendiri kerana jelasnya, ia hanya menyebabkan MPT tidak akan dapat mencapai kemajuan seperti yang diharapkan.

Dalam pada itu, Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata, UMNO Kalabakan dan Tawau akan mengadakan perhimpunan raksasa dalam masa terdekat sebagai bukti sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada bulan lepas saya bersama beberapa Jawatankuasa UMNO Kalabakan telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Presiden Parti UMNO mengenai perkara ini,” ujarnya.

Jelasnya, Perdana Menteri sendiri akan tetapkan tarikh untuk perhimpunan berkenaan selepas berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dengan jangkaan awal kehadiran seramai 50,000 orang. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan