Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MPT Buat Laporan Polis Terhadap Blog Siar Artikel Fitnah

8:17pm 26/08/2016 Pak Roshan 2625 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
mpt

Antara isi kandungan Blog berkenaan

TAWAU : Majlis Perbandaran Tawau (MPT) hari ini membuat laporan polis terhadap blog ‘The Sabah Insider’ yang telah menyiarkan sebuah artikel berunsur fitnah terhadap majlis perbandaran itu.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata laporan polis itu bertujuan untuk meminta penulis blog berkenaan iaitu Karunakaran Muthusamy untuk memperbetulkan fakta yang telah ditulis dan disiarkan.

“Peguam MPT akan menulis surat kepada penulis blog untuk memperbetulkan fakta dan memohon maaf secara terbuka kepada MPT dalam tempoh 24 jam penulis itu menerima surat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel yang disiarkan blog tersebut menyatakan bahawa tindakan pihak MPT dengan kerjasama beberapa agensi lain membakar lebih 200 buah rumah yang didiami oleh penduduk tempatan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Titingan menyebabkan 10 keluarga rentung dan tujuh buah kereta musnah terbakar.

Alijus berkata artikel yang disiarkan oleh blog berkenaan adalah fitnah kerana MPT bersama beberapa agensi lain yang telah mengadakan operasi bersepadu pada 22 dan 23 Ogos lepas hanya merobohkan 40 rumah PATI dan tiada kemalangan jiwa atau kebakaran berlaku pada operasi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pegawai MPT mengenai perkara itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan