Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPS naik taraf Majlis Bandaraya bermula 1 Julai ini

Para pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS berpeluang merakam gambar kenangan bersama dengan Hajiji (depan, lapan dari kanan) dan para tetamu kehormat yang lain.

KOTA KINABALU: Majlis Perbandaran Sandakan dinaik taraf sebagai majlis bandaraya berkuatkuasa pada 1 Julai ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kabinet telah memutuskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut dikenali sebagai Majlis Bandaraya Sandakan.

“Ada syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadikan majlis perbandaran sebagai majlis bandaraya dan Sandakan telah memenuhi syarat-syarat tersebut.

“Kita berharap dengan naik taraf status tersebut mereka akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat kita di Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Siri Kuliah No.4 ‘Pihak Berkuasa Tempatan: Tadbir Urus Baik’ anjuran Majlis Profesor Negara Chapter Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Resital, di sini, pada Isnin.

Menurut Hajiji, selain Majlis Daerah Tongod yang mula beroperasi pada 1 Januari lepas, kerajaan juga sudah meluluskan Majlis Daerah Telupid sebagai PBT yang ke-26 di negeri ini.

“Kita berharap mereka dapat beroperasi sebelum hujung tahun ini mengikut yang telah dipersetujui.

“Daerah tersebut mempunyai laluan strategik antara laluan pantai barat ke pantai timur Sabah.

“Jadi wajar kita bagi status majlis daerah kepada Telupid yang sebelum ini di bawah jagaan Majlis Daerah Beluran yang jaraknya agak jauh dari Telupid,” jelas beliau.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ginun Yangus; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, Profesor Dr. Ismail Ibrahim dan Pengerusi Majlis Profesor Negara, UMS, Profesor Datuk Mohd. Hamdan Adnan./Penerangan-

Hajiji ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pihak Berkuasa Tempat: Tadbir Urus Baik’.

Komen


Berita Berkaitan