Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPS menyita barangan negara China di Pasar BDC

Anggota penguatkuasa MPS menyita barangan menerusi operasi di Pasar BDC, pada Selasa.
Anggota penguatkuasa MPS menyita barangan menerusi operasi di Pasar BDC, pada Selasa.

SANDAKAN- Unit Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berjaya menyita barangan yang dipercayai dari negara China dalam operasi yang dijalankan di Pasar BDC, Batu 1 ½ di sini pada Selasa.

Dalam operasi itu, Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan, Sairin Abdul Rahman bersama enam anggota penguatkuasa berjaya menyita barangan seperti pakaian, barangan elektrik dan elektronik, beg tangan serta ubat-ubatan termasuk ubat perangsang seks.

Beliau mengingatkan para penjaja yang tidak berlesen agar tidak menjual barangan mereka di mana-mana kawasan perbandaran.

Katanya, Bahagian Penguatkuasaan MPS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas iaitu menyita serta mengenakan kompaun kepada mana-mana penjaja yang melanggar Undang-Undang Majlis.

Rampasan berkenaan akan diambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil By Law 59 MPS General By Law 1955.- oleh AA/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan