Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPS Diminta Tangguh Pelaksanaan Caj Letak Kereta Di Bandar Satelit Sandakan

Bandar Kim Fung, Sandakan
Bandar Kim Fung, Sandakan

SANDAKAN : Anggota Dewan Dewan Undangan Negeri Elopura Datuk Au Kam Wah meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) supaya menangguhkan pelaksanaan caj letak kereta di Bandar Satelit di sini.

Menurut beliau faktor kepentingan rakyat khususnya peniaga di kawasan berkenaan perlu diambil kira sebelum pelaksanaan caj letak kereta dikuatkuasakan.

“Peniaga di kawasan itu bimbang, perniagaan mereka boleh terjejas sekiranya caj letak kereta dikenakan. Jumlah orang ramai pergi ke Bandar Satelit akan berkurangan disebabkan tindakan MPS itu.

Kepentingan peniaga di kawasan tersebut perlu diutamakan berbanding usaha MPS untuk meningkatkan pungutan hasil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Bandar Satelit di sini merangkumi Sibuga Jaya, Pekan Batu 8, Prima, Utama, Kim Fung, Pasar Raya, Labuk Jaya, Megah Jaya dan Tyng.

Pada masa sekarang, MPS melaksanakan caj letak kereta di kawasan Bandar Sandakan.

Au kecewa dengan keputusan MPS itu yang tidak sejajar dengan komitmen kerajaan mengutamakan rakyat dan meringankan beban rakyat.

Menurutnya ketiadaan caj letak kereta di Bandar Satelit menjadi faktor utama orang ramai pergi ke kawasan itu yang menempatkan kedai, bank, pasar raya, pejabat syarikat swasta dan kerajaan serta pasar am.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan