Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MPKP jentera pembangunan socio-ekonomi rakyat

8:45pm 15/12/2015 Ann Vivien 15 views Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Pairin menerima cenderakenangan daripada Anthony

Pairin menerima cenderakenangan daripada Anthony

KENINGAU: Majlis Perundingan Koperasi Parlimen (MPKP) yang ditubuhkan di setiap Parlimen di seluruh negara adalah satu jentera pembangunan sosio-ekonomi rakyat yang berkesan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, MPKP juga merupakan suatu mekanisme untuk mendapatkan maklum balas berkaitan permasalahan isu semasa dan program-program pembangunan koperasi secara langsung didalam satu kawasan parlimen bagi menentukan hala tuju dan juga membantu pembangunan gerakan koperasi di sesebuah Kawasan Parlimen.

Beliau berkata demikian semasa berucap  merasmikan program pengukuhan koperasi peringkat Majlis Perundingan Koperasi Parlimen MPKP Parlimen P.180 Keningau anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah di salah sebuah hotel di sini pada Selasa.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrasturuktur dan Ahli Parlimen Keningau berkata, bagi Parlimen Keningau terdapat 93 buah koperasi masing-masing 20 di DUN Tambunan, 27 buah koperasi di DUN Bingkor dan 46 buah koperasi di DUN Liawan dengan bilangan keahlian seramai 24,181 orang dengan jumlah syer RM1.26 juta manakala jumlah aset koperasi adalah sebanyak RM4.63 juta dengan pendapatan keseluruhan berjumlah RM1.86 juta.

Dalam masa yang sama Pengerusi  MPKP Parlimen P.180 Keningau itu berkata, bagi negeri sabah 1,248 koperasi berdaftar dengan keanggotan seramai 344,410 orang     dengan jumlah syer dan yuran RM135.2 juta  manakala jumlah aset bernilai RM693.6 juta dan pendapatan koperasi mencecah RM260 juta  pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan