Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MP Kalabakan Mahu Penduduk Kampung Dibenar Guna Jeti LKIM Di Tanjung Batu

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU: Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mahu penduduk kampung dibenarkan untuk menggunakan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dibina di Logpond Tanjong Batu, di sini.

Abdul Ghapur yang mempertikai tindakan agensi tertentu tidak membenarkan jeti itu digunakan penduduk kampung, berkata perkara itu hanya akan menyulitkan pergerakan aktiviti mereka untuk memunggah barang pertanian dan hasil laut.

“Terdapat banyak aduan mengenai larangan menggunakan jeti tersebut sehingga menyebabkan kira-kira 5,000 penduduk di Pulau Sebatik, yang berulang alik bagi memunggah barang pertanian dan hasil laut, terjejas.

“Saya tidak mahu ada unsur tidak baik termasuk rasuah.

Kenapa mereka tidakboleh menggunakan jeti dibina kerajaan dan diarah ke jeti persendirian yang perlu membayar RM100, sedangkan jeti LKIM tidak perlu bayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat dan bertemu agensi berkaitan di jeti itu di sini, hari ini.

Untuk rekod, jeti tersebut telah disiapkan pada 2011.

Sehubungan itu, Abdul Ghapur berkata pihaknya akan membuat permohonan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Tawau bagi mendapat kelulusan membenarkan penduduk kampung menggunakan jeti itu secepat mungkin.

Katanya, beliau tidak teragak-agak meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat larangan penggunaan jeti tersebut jika terdapat pihak yang mempertikai permohonannya.
— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan