Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MOURINHO PILIH COURTOIS

morinho

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho dikatakan telah membuat keputusan untuk memilih Thibaut Courtois sebagai penjaga gol utama The Blues, musim depan.

Courtois kembali ke Stamford Bridge selepas tempoh pinjamannya bersama Atletico Madrid berakhir musim lalu.

Difahamkan, Mourinho lebih yakin untuk menyerahkan tugas penjaga gawang utama kepada Courtois selepas menyaksikan pemain itu beraksi cemerlang membantu Atletico meraih kejuaraan La Liga.

Malah keputusan itu juga dibuat setelah Mourinho merasakan Courtois lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebut berbanding Cech yang telah menjadi penjaga gol utama Chelsea selama 10 tahun.

Bagaimanapun keputusan itu dikatakan tidak disenangi Cech dan dalam laporan The Telegraph mengatakan bahawa pemain berusia 32 tahun itu kemungkinan akan berpindah ke pasukan lain.

Namun, sekiranya situasi itu berlaku, Cech tidak perlu risau kerana kelab AS Monaco dan PSG sedia untuk membelinya.

Komen


Berita Berkaitan