Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MOU MAS dengan New Era Guangxi dijangka menarik ramai pelancong China

PENAMPANG- Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Malaysia Airlines Bhd (MAS) dan New Era Guangxi Tourism Corporation cawangan Nanning di Wisma Kinsabina, disini, pada 5 Mei yang lalu yang disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengerusi Sabah Association of Tour dan Travel Agent, Datuk Winston Liaw.

Perjanjian persefahaman ini merupakan perjanjian sewaan siri penerbangan daripada Kota Kinabalu ke empat destinasi di China iaitu Guiyang, Changsha, Nanjing dan Hefei.

Siri penerbangan ini akan bermula pada bulan Julai hingga Ogos dan akan dilanjutkan semula pada bulan Oktober sehingga tahun baharu cina yang akan datang.

Sebanyak 90 penerbangan akan dilakukan sepanjang tempoh dua bulan sewaan tersebut yang dijangka melibatkan lebih 14,000 orang pelancong.

Sehubungan dengan itu, Joniston menyeru agar lebih banyak syarikat pelancongan membuka laluan destinasi lain.

“Kita melihat pertumbuhan pasaran daripada China… Kita tidak seharusnya menumpukan hanya pasaran China tetapi juga pelancong Jepun dan Korea yang semakin ramai,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kinsabina dan juga merupakan Pengarah Borneo Airworld Sdn. Bhd., Datuk Francis Goh.- Syafathin M.Y./SayangSabahWP_20160505_031

Komen


Berita Berkaitan