Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MoU antara Sabah, Huawei beri manfaat kepada pembangunan ICT di Sabah- Musa

7:50am 03/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 71 views Berita Pilihan,Nasional,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Sesi penyerahan MoU antara kerajaan negeri Sabah, yang di wakili oleh Bruno (ketiga dari kiri) dan Huawei yang diwakili oleh Abraham (ketiga dari kanan). Turut kelihatan Musa (tengah), Chen Lifang (empat dari kanan), Masidi (kedua dari kanan) , Siringan (kiri), dan Teo (kedua dari kiri).

Sesi penyerahan MoU antara kerajaan negeri Sabah, yang di wakili oleh Bruno (ketiga dari kiri) dan Huawei yang diwakili oleh Abraham (ketiga dari kanan). Turut kelihatan Musa (tengah), Chen Lifang (empat dari kanan), Masidi (kedua dari kanan) , Siringan (kiri), dan Teo (kedua dari kiri).

SHENZHEN- Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan kerjasama daripada syarikat Huawei dalam membantu Sabah membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan menjadikan negeri ini sebagai negeri pintar atau ‘smart state’.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata Huawei mampu menyediakan bantuan yang tidak ternilai dan
memberi panduan bukan sahaja meningkatkan perhubungan tetapi teknologi komunikasi di negeri itu turut dapat diperbaiki.

“Walaupun kerajaan negeri telah mencurahkan banyak usaha dalam pembangunan ICT di Sabah, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian setelah menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Huawei dan kerajaan Negeri Sabah, di Ibu Pejabat Huawei, di sini, semalam.

Objektif memorandun tersebut adalah bagi membantu Sabah mencapai sasaran untuk menjadi hub ICT serantau dan negeri pintar.

Musa juga merupakan Menteri Kewangan berkata Huawei yang maju dalam aspek ICT membuatkan syarikat dikenali di seluruh dunia.

“Oleh itu, saya yakin Sabah akan mendapatkan manfaat melalui kerjasama ini. Kami berminat dalam kepakaran Huawei dalam membentuk sebuah bandar selamat melalui sistem keselamatan bersepadu syarikat itu,”tambahnya.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Tugas- Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang, Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat, Setiausaha Tetap Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Bruno Vun, Timbalan Kanan Presiden merangkap ahli lembaga syarikat itu, Pn. Chen Lifang, Presiden Pemasaran Huawei Global, Kelvin Zhang dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan