Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MoU Antara Bank Islam dan MUIS bagi Penggunaan Tunaian Baucar

10:44pm 01/04/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 25 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan
WP_20160401_015

Majlis Perasmian Tunaian Baucar oleh Datuk Norasni Ayob, Encik Mohd Adnan Rosdin, Datuk Haji Mohd Suhaili Haji Said, Datuk Haji Mohd Arifin Arif

KOTA KINABALU- Satu majlis pemeteraian perjanjian persefahaman antara Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi penggunaan kemudahan Tunaian Baucar Bank Islam telah berlansung di Hotel Pasific Sutera, Sutera Harbour Resort di sini, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, Dato’ Norasni Ayob, kemudahan Tunaian Baucar Bank Islam itu merupakan satu inovasi Bank Islam dalam memperkenalkan ‘Payment Solution’ kepada pelanggan korporat untuk melakukan pembayaran runcit.

“Perkhidmatan Tunaian Baucar ini merupakan salah satu transformasi kaedah pembayaran yang lebih cekap dan efisien yang ditawarkan oleh Bank Islam,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan MUIS bagi penggunaan kemudahan Tunaian Baucar, hari ini.

Disamping itu, beliau turut berkata perkhidmatan tersebut dapat mengurangkan pengeluaran cek oleh Badan Korporat dan memberi banyak kebaikan kepada benefisiari baucar itu.

“Penerima baucar tidak perlu membuka akaun Bank Islam untuk menunaikan baucar tersebut kerana ia boleh ditunaikan di mana- mana kaunter cawangan Bank Islam.

“Baucer tersebut juga boleh ditebus dengan serta merta tanpa perlu menunggu beberapa hari ini untuk proses penjelasan cek,”ujarnya.

Majlis penyerahan baucar tunai kepada golongan asnaf

Majlis penyerahan baucar tunai kepada golongan asnaf

Terdahulu, perkhidmatan itu telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Pendang, Kedah pada 3 Ogos, tahun lalu.

Norasni turut berkata bahawa Tunaian Baucer tersebut dapat mempercepatkan proses pengagihan zakat kepada golongan asnaf serta mengurangkan kos pentadbiran berbanding menggunakan cek.
Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi MUIS, Datuk Haji Mohd Suhaili Haji Said dan Timbalan Setiausaha MUIS, Mohd Adnan Rosdin Haji Mohd Ariff yang mewakili Setiausaha MUIS, Tuan Haji Abd. Halim Haji Nayan. Oleh Syafathin M. Y

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan