Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MOTOSIKAL BERTEMBUNG MYVI, REMAJA MAUT

Keadaan di tempat kejadian. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuhara, Tawau, di sini malam Selasa.

Mangsa, Hafique Aiman Hermansah disahkan meninggal dunia akibat polytrauma atau kecederaan dalaman semasa dirawat di Hospital Tawau.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, dalam kejadian itu pemandu Myvi terbabit iaitu Koh Chun Lik, 25 tahun, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu Myvi memandu dari arah Pusat Komersil Unijaya menuju ke rumahnya di Taman Kuhara Indah. Setiba di simpang jalan masuk ke Jabatan Haiwan, tiba-tiba mangsa dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan Myvi dan bertembung dengan kenderaan tersebut.

“Akibat perlanggaran, mangsa mengalami kecederaan dan di bawa ke Hospital Tawau oleh ambulans dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.10 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan