Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Motosikal bertembung motosikal, seorang maut

maut motosikal

TAWAU: Dua motosikal bertembung di Jalan Bergosong, Pulau Sebatik kira-kira jam 6.15 pagi Isnin, mengakibatkan seorang penunggang maut dan seorang lagi cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, mangsa yang maut adalah seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun iaitu Nasaruddin Hamsah.

“Kemalangan melibatkan motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang Nasaruddin dengan Honda ANF125MRX yang ditunggang Rahmat Nurdin, 22,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, Nasaruddin disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau oleh doktor bertugas akibat mengalami polytrauma dan kecederaan di bahagian kepala.

Katanya, Rahmat mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kanan dan pendarahan dalam perut.

“Pembonceng motosikal Nasaruddin yang juga seorang pelajar iaitu Mohd Nazrul Abdullah, 17, yang terselamat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan.

“Hasil siasatan, Nasaruddin dan Rahmat tidak mempunyai lesen memandu dan ketiga-tiga mereka didapati tidak memakai topi keledar termasuk Nazrul,” katanya.

Awang berkata, sebelum kejadian itu, Nasaruddin dan Nazrul dalam perjalanan dari Bergosong menuju Wallace Bay manakala Rahmat pula dari arah bertentangan.

Nasaruddin dipercayai cuba mengelak jalan rosak di sebelah kiri jalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan motosikal Rahmat di lokasi kejadian.

“Akibat perlanggaran itu, ketiga-tiganya terhumban di atas jalan raya,” katanya sambil mengesahkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen


Berita Berkaitan