Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MOTIF CULIK KANAK-KANAK 3 TAHUN DIKENALPASTI

pic-19

KOTA KINABALU: Pihak Polis berjaya mengenal pasti beberapa motif yang boleh membantu siasatan ke atas kes culik membabitkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sedang meneliti kesemua kemungkinan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Penahanan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut katanya telah membantu polis mengenal pasti beberapa motif berdasarkan siasatan ke atas keterangan dan latar belakang keluarga pasangan berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan motif berkenaan bertujuan untuk tidak menjejaskan siasatan pihak polis yang masih lagi berjalan.

Hamza juga berkata bahawa pihak polis yakin mangsa Low Ming Yiu masih berada di Sabah dan menyeru orang ramai untuk sama- sama membantu usaha mengesan mangsa.

Tiada wang tebusan yang diterima sama ada dari pihak keluarga mangsa atau polis setakat ini, katanya dan menambah bahawa kertas siasatan kini dalam proses untuk disiapkan dan akan diserahkan kepada pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Komen


Berita Berkaitan