Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MOSTI komited budayakan sains dan teknologi dalam masyarakat

4:24pm 12/11/2015 Dewiana Tinggolongon 32 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Madius (tengah) melancarkan gimik perasmian PSN Scifest 2015.- foto Alex Mairin

    Madius (tengah) melancarkan gimik perasmian PSN Scifest 2015.- foto Alex Mairin

KOTA KINABALU- Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited membudayakan sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri panglima Madius Tangau berkata aspirasi MOSTI adalah untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran saintifik, kreatif dan inovatif dengan dasar sains.

“Pelbagai usaha dilakukan dalam memacu perkembangan sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi menjana imu pengetahuan untuk mencipta kekayaan dan menjamin kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian  Pusat Sains Negara (PSN) Scifest 2015, di pusat beli-beah 1 Borneo hari ini.

Madius berkata, penganjuran PSN SciFest itu diharap dapat memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan orang ramai terhadap sains dan teknoogi.

Jelasnya PSN pada tahun ini telah melaksanakan sebanyak 55 program pembudayaan STI di seluruh Malaysia yang melibatkan penyertaan 95,789 orang.

“Kesemua program ini diaksanakan oeh PSN Trooperz iaitu sebuah pasukan yang ditubuhkan oeh MOSTI meaui PSN bagi menjalankan program jangkau luar.

“Sehingga kini MOSTI melaksanakan beberapa program pembudayaan STI di negeri sabah seperti karnival kreativiti dan science4u yang telah diadakan di Keningau dan Tambunan,” ujarnya lagi.

Selain itu MOSTI juga telah mengadakan Persidangan dan Pameran BioBorneo 2015 di Kota Kinabalu dan program berkenaan turut  menyokong fasa kedua Dasar Bioteknlogi Negera iaitu penumpuan kepada usaha pengkomersialan hasil R&D.

Dalam pada itu beiau berkata persepsi positif mengenai kepentingan mempelajari STI perlu disemai secara berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan guru bagi memberi dorongan yang betul kepada anak-anak.-Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan