Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MoSAR Selamatkan Pelancong Britain Terseliuh Ketika Mendaki Gunung Kinabalu

foto : Bomba
foto : Bomba
KOTA KINABALU : Pasukan Bomba Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung (PBB MoSAR) menyelamatkan seorang pelancong dari Britain yang terseliuh kakinya ketika mendaki Gunung Kinabalu, petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini berkata mangsa Imran Ahmed Syed yang hanya dapat meneruskan pendakian sehingga ke Pondok Paka (KM5.4), dibawa turun oleh pasukan MoSAR ke Pondok Timpohon menggunakan tandu.

Menurut kenyataan itu, pasukan MoSAR yang ketika itu sedang melakukan pemeriksaan keadaan di kawasan pergunungan berkenaan sejak pukul 3 petang, dimaklumkan oleh malim gunung mengenai keadaan mangsa.

Mangsa sebelum itu dikatakan terjatuh di kawasan Pondok Mempening (KM3.3) tetapi tidak memberitahu kecederaan yang dialaminya selain mahu meneruskan pendakian.

“Beliau ada mengadu kaki kirinya sangat sakit ketika di Pondok Villosa (KM5) tetapi masih mahu meneruskan pendakian, dan setelah sampai ke Pondok Paka, mangsa tidak dapat menahan lagi kesakitan dan ingin turun ke tempat pemeriksaan Layang-Layang,” menurut kenyataan itu.

Pasukan MoSar yang mengiringi mangsa telah memberi rawatan awal dan mendapati kaki kiri mangsa bengkak dan ada tanda kecederaan.

Pasukan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) yang menunggu di Pondok Timpohon kemudian membawa mangsa ke Hospital Ranau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan