Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MoSAR salah satu lambang kejayaan JBPM Negeri Sabah

4:58pm 25/01/2016 Leolerry Lajius 70 views Tempatan
Nordin(tenga dari kanan) mendatangani plak  pelancaran polisi amalan 5S sambil selepas sahaja majlis perbarisan tahunan 2016 jabatan bomba dan penyelamat malaysia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Nordin(tenga dari kanan) mendatangani plak pelancaran polisi amalan 5S sambil selepas sahaja majlis perbarisan tahunan 2016 jabatan bomba dan penyelamat malaysia.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pelbagai pencapaian yang telah dicapai pada tahun 2015 yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sabah.

Antara kejayaan tersebut, adalah penubuhan pasukan bomba bantuan yang dikenali sebagai PBB MoSAR (Mountain Search and Rescue) untuk menjadi respon pantas di Gunung Kinabalu sekiranya berlaku Gempa Bumi atau kes-kes kecemasan di gunung.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah PKPjB Nordin bin Pauzi, JBPM Sabah memerlukan kerja keras dan perlu menggandakan usaha sekiranya berlaku bencana kerana bantuan mungkin akan sampai lewat kerana keadaan geografi yang terpisah daripada negeri lain.

”Pihak Bomba bakal berhadapan dengan situasi yang mencabar di tahun 2016 ini berikutan ramalan berlakunya El-Nino yang kemungkinan memberikan kesan kepada negeri ini yang mempunyai risiko yang tinggi berlakunya kebakaran hutan gambut,”katanya ketika sidang media sempena Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Sabah di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Likas pagi tadi.

Tambah beliau, Jabatan Bomba juga akan menganjurkan Seminar On Fire Protection Challenges and Inovation yang akan diadakan di Shangri La’s Tanjung Aru Resort pada 18 April akan datang yang menyasarkan 500 orang penyertaan bagi memberikan pendedahan mengenai ciri-ciri keselamatan.

”Seminar ini disasarkan kepada pemilik bangunan, jurutera, konsultan, pasukan ERT dan siapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran dan keselamatan bangunan dengan yuran RM500.00 kepada yang bukan ahli dan RM450.00 kepada ahli,”katanya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JBPM Sabah, panggilan kecemasan bagi tahun 2015 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6021 panggilan dicatatkan pada tahun 2015  berbanding pada tahun 2014 iaitu sebanyak 5564 panggilan dan kematian akibat kebakaran juga meningkat iaitu pada tahun 2015 iaitu seramai 33 orang berbanding 27 orang pada tahun 2014.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Angota barisan bomba mendengar amanat dan perutusan dari YES ketua pengarah JBPM.-Gambar Oleh Alex Mairin

Angota barisan bomba mendengar amanat dan perutusan dari YES ketua pengarah JBPM.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan