Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Monyet swafoto jadi Tokoh Tahunan

Nauruto, monyet ‘black macaque’ di Sulawesi diisytiharkan ‘Tokoh Tahunan PETA. – Foto Ihsan www.peta.org

 

MONYET Indonesia yang menjadi perhatian dunia selepas merakam sendiri gambarnya tersengih dan mencetuskan perbalahan hak cipta antara pemilik kamera dengan pertubuhan kebajikan haiwan, dipilih sebagai ‘Tokoh Tahunan’ oleh pertubuhan kebajikan tetrbabit, hari ini.

People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) menyatakan monyet berkenaan, Naruto, diiktiraf sebagai ‘seseorang’, bukannya ‘sesuatu’.

Pada 2011, monyet itu menekan butang kamera jurugambar Britain, David Slater, ketika melihat ke arah lensa di Sulawesi.

 Gambar berkenaan menjadi tular dan PETA membawa kes itu ke mahkamah menuntut monyet berusia enam tahun itu diisytiharkan sebagai pemilik gambar berkenaan.

Kes itu mencetuskan perbahasan pakar undang-undang antarabangsa sama ada haiwan layak menjadi pemilik harta atau tidak.

Slater menegaskan dia pemegang hak cipta gambar itu kerana menyusun penggambarannya, termasuk memasang kaki kamera namun meninggalkan kamera beberapa minit ketika monyet berkenaan datang dan menekan butang perakam.

Slater memenangi kes itu di mahkamah di California namun PETA membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi.

Kes berkenaan diselesaikan September lalu, selepas Slater bersetuju memberi 25 peratus pendapatan hasil gambar berkenaan untuk usaha melindungi habitat dan monyet di Indonesia. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan