Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MOKODOU, KINATOKI, DUA HOSTEL BAHARU DI PANA LABAN

KOTA KINABALU: Dua buah hostel baharu di Pana Laban Gunung Kinabalu bakal dilancar 1 April ini.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr. Jamili Nais berkata kedua-dua hostel berkenaan diberi nama sempena dua buah sungai di Ranau dan Kota Belud yang mengalir daripada Gunung Kinabalu.

Dr Jamili Nais (tiga dari kanan) dalam sidang media bersama pengusaha Pirate Divers, Glen Hapirulla. Gambar SNT/Alfred Petrus

“Kedua-dua Mokodou dan Kinatoki Hostel ini akan dilancarkan pada 1 April nanti,” katanya dalam satu sidang media di Hello Stranger, Riverson, hari ini.

Katanya hostel tersebut baru selesai dibina dan akan mula dibuka kepada pendaki-pendaki Gunung Kinabalu kelak.

Tambahnya beberapa kumpulan pendaki pada tarikh tersebut akan menetap di hostel berkenaan.

Jelasnya lagi kumpulan pendakian tersebut akan dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Berada pada aras ketinggian lebih kurang 3,300 metre dari laut, Pana Laban merupakan salah satu tempat bermalam bagi pendaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak pada awal pagi keesokan hari.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan