Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mohon maaf kerana gagal atasi kesesakan jalan raya

11:09am 11/07/2016 Pak Roshan 16 views Global

Mohon maaf kerana gagal atasi kesesakan jalan raya

Jakarta: Kerajaan Indonesia memohon maaf kepada penduduk negara itu yang menghadapi kesukaran termasuk terperangkap selama berjam-jam dalam kesesakan jalan raya sepanjang cuti perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tjahjo Kumolo berkata, masalah yang dihadapi rakyat terutama berkaitan pengangkutan awam ketika musim perayaan sangat dikesali.

Pada minggu lalu, kesesakan luar biasa di susur keluar lebuh raya Brebes Timur menyebabkan 12 pengguna jalan raya maut akibat terlalu lama berada di dalam kenderaan.

Keadaan diburukkan lagi oleh ketiadaan kawasan rehat di sepanjang lebuh raya bertol yang baru siap dibina itu.

Agensi kesihatan Brebes memberitahu, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan keletihan.

“Sebagai menteri dalam negeri dan mewakili kerajaan, saya memohon maaf kepada orang ramai terutama mereka yang terjejas dalam kesesakan jalan raya ini,” katanya kepada portal kompas.com kelmarin.

Menurutnya, kerajaan berusaha menyediakan infrastruktur jalan raya yang sempurna bagi memudahkan perjalanan orang ramai.

Tambahnya, kerajaan akan membuat penilaian penuh untuk memperbaiki mutu dan perkhidmatan pengangkutan awam negara itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan