Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohd Shariff memangku Ketua JSJ Sabah

KSJS

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Asisten Komisioner Mohd Shariff Abd Wahid dilantik sebagai pemangku Ketua JSJ Sabah susulan perpindahan Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Kesejahteraan Komuniti Bukit Aman.

 

Majlis serah terima tugas antara Omar dan Mohd Shariff berlangsung di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah di sini hari ini dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

 

Omar akan memulakan tugas baharunya sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dasar dan Sumber di Bukit Aman esok.

 

Berucap pada majlis itu, Omar berkata sepanjang mengetuai JSJ Sabah sejak 2010, jabatan tersebut berjaya mengurangkan ‘cold cases’ (kes lama yang belum diselesaikan) daripada 18,000 kepada 7,955 kes.

 

Mohd Shariff pula dalam ucapannya berkata beliau akan meneruskan hala tuju dan matlamat jabatan yang ditetapkan sebelum ini. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan