Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohd Shafie tetap sah Ketua Menteri Sabah

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, di Kota Kinabalu, malam ini. – Foto ihsan Jabatan Penerangan

 

KOTA KINABALU:Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah Ketua Menteri Sabah yang sah walaupun Tan Sri Musa Aman enggan meletak jawatan.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Douglas Christo Primus, berkata Musa yang mengangkat sumpah pada Khamis lalu sebelum giliran Shafie malam tadi, bagaimanapun bebas untuk memulakan tindakan mahkamah, namun ketika ini hanya Mohd Shafie Ketua Menteri yang sah.

“Sabah kini mempunyai dua orang Ketua Menteri, itu kata orang ramai, tetapi sebenarnya kita hanya mempunyai seorang Ketua Menteri. Masalahnya, selepas Musa kalah majoriti, beliau tidak mahu menerima kenyataan itu.

“Kita harus lebih praktikal dalam menghadapi masalah ini. Hakikatnya Shafie mempunyai majoriti dan walaupun Musa berjaya dalam tindakan undang-undang kelak, jika beliau tidak mempunyai majoriti, tetap tidak akan menjadi Ketua Menteri.

“Persoalannya, mengapa masih mahu meneruskan tindakan mahkamah apabila tahu beliau tidak mempunyai majoriti?” katanya ketika dihubungi NSTP.

Douglas berkata demikian bagi mengulas isu semasa berikutan keengganan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meletak jawatan Ketua Menteri.

Mohd Shafie yang mengetuai Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama pakatan DAP dan PKR memperoleh majoriti mudah sebanyak 35 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan tindakan enam ADUN BN yang menyertai mereka.

Mohd Shafie yang mengangkat sumpah di hadapan Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, malam tadi mengiringi Yang di-Pertua Negeri itu ke satu majlis rasmi pertamanya sebagai Ketua Menteri di Teluk Likas, di sini.

Mohd Shafie bagaimanapun masih belum mendedahkan barisan Kabinet negeri yang akan ditentukan dalam tempoh terdekat. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan