Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohd Rafee wakili Sabah ke pertandingan pidato kenegaraan peringkat kebangsaan

KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) — Mohd Rafee Mohamad,30, akan mewakili Sabah dalam pertandingan Pidato Kenegaraan 2018 peringkat kebangsaan di Sabah September depan selepas muncul sebagai johan dalam dalam pertandingan peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd Rafee, seorang kakitangan di Jabatan Pendidikan Sabah dan mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan, muncul johan dalam pertandingan pidato bertema “Sayangi Malaysiaku” anjuran Jabatan Penerangan Sabah dengan mengalahkan lima peserta lain.

Beliau yang berasal dari Johor dengan pidatonya bertajuk ‘Membina Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu Tanggungjawab Semua’ membawa pulang hadiah RM1,500 beserta trofi dan sijil penyertaan manakala Abd Wahab Abd Hamid, 28, yang mewakili Bahagian Sandakan dan Kamaruddin Ismail, 32, (Bahagian Tawau) muncul pemenang tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing membawa pulang RM1,000 dan RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dr Jamaluddin Mohd Ali mewakili Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Sabah  Norzawiyah Bulka.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Rafee yang baharu dua bulan bertugas di negeri ini berkata beliau tidak kekok berada  di Sabah kerana sikap keterbukaan dan penerimaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Sikap penerimaan dan keterbukaan rakyat Sabah terlalu tinggi dan sangat positif…membuatkan saya rasa tidak mahu balik ke Semenanjung”, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan