Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohd. Harun sertai 40 warga UMS kayuh basikal

Mohd. Harun bersama warga UMS mengayuh basikal
Mohd. Harun bersama warga UMS mengayuh basikal dalam Kempen Berbasikal UMS. – foto ihsan UMS

KOTA KINABALU – Kempen Berbasikal Universiti Malaysia Sabah (UMS) menarik penyertaan seramai 40 penuntut dan kakitangan universiti berkenaan termasuk Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Mohd. Harun yang turut melancarkan kempen sihat berkenaan berkata, program berkenaan memberi kesedaran kepada warga UMS terutama dalam kalangan penuntut agar sentiasa cergas dan bergiat aktif.

Menurut beliau, kempen itu bertujuan untuk membudayakan amalan berbasikal sebagai salah satu aktiviti dalam universiti sekali gus sebagai usaha menyemarakkan lagi semangat EcoCampus di UMS.

“Selain itu, ia sebagai langkah universiti untuk untuk menerapkan nilai-nilai mesra alam dalam kalangan warga UMS,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan kempen tersebut di sini hari ini.

Sempena kempen itu, Mohd. Harun turut mengayuh basikal dari Pintu Gerbang Utama dan mengelilingi persekitaran UMS sebelum menamatkan kayuhan di Dataran Dewan Canselor.

Beliau turut diiringi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar  (PKPP), Prof. Madya Dr. Raman Nordin. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan