Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohd Farris meninggal dunia, Rozaimi dilaporkan stabil

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk dalam kemalangan itu.
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk dalam kemalangan itu.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran di sini petang tadi, disahkan telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth jam 8.15 malam tadi.

Allahyarham Ak Mohd Farris Mahamud, 21, meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang juga pemain bola sepak Sabah, Md Rozaimi Abd Rahman, 23, yang kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian jam 1.34 petang tadi, kenderaan yang dipandu oleh allahyarham Mohd Farris dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok serta merempuh tembok pagar sebuah rumah.

Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra yang mengesahkan kejadian itu berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan