Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohammad Erwan, Nur Wazira Izzati Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati SAGA 2017

 

SANDAKAN, 15 Dis – Mohammad Erwan Amir Hamja dan Nur Wazira Izzati Junaidi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati  Sukan Sabah (SAGA) 2017 yang melabuhkan tirainya malam ini.

Mohammad Erwan, 17, atlet olahraga mewakili Sandakan memenangi dua pingat emas  serta mencipta rekod baharu SAGA untuk acara 800m dan 1,500m.

Nur Wazira  Izzati, 16, dari Tawau, atlet sukan memanah memenangi empat pingat emas dan mencatatkan tiga rekod baharu  kejohanan dalam acara Recurve 30m, 60m, 70m dan Recurve Campuran.

Mereka menerima hadiah daripada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah pada majlis penutupan SAGA 2017 di Kompleks Sukan Sandakan, malam ini.

Dalam pada itu, Keningau muncul juara keseluruhan edisi kelapan SAGA 2017 dengan meraih 31 emas, 26 perak dan 19 gangsa.

Pasukan tuan rumah, Sandakan menghuni  tangga kedua dalam carta pungutan pingat dengan memungut 24 emas, 19 perak dan 21 gangsa, manakala Kota Kinabalu di tempat ketiga dengan meraih 22 emas, 16 perak dan 31 gangsa.

Pingat emas terakhir SAGA hari ini menerusi acara akhir bola sepak lelaki menyaksikan Kinabatangan menewaskan Kota Kinabalu 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

SAGA, yang dianjurkan secara dwitahunan, menyaksikan Keningau menjadi tuan rumah pada 2019.

Masiung, dalam ucapannya, berkata temasya SAGA kali ini, beberapa rekod baharu telah dicipta menunjukkan bahawa prestasi pencapaian dan mutu atlet negeri ini semakin meningkat dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Justeru, beliau menyeru atlet yang telah memenangi pingat dapat terus giat berlatih kerana atlet yang cemerlang di SAGA kali ini akan dipilih mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di  Perak.

— BERNAMA

 

Mohammad Erwan

 

Nur Wazira Izzati

Komen


Berita Berkaitan