Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mohamad Alamin dan Sharifah terima PGDK

DSC_4822 Bintang

KOTA KINABALU- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (kiri) bersama Penasihat Undang-undang UMNO Malaysia, Datuk Mohd Hafarizahm Harun (dua dari kiri) dan pengerusi Ocean7 Art gallery, Datuk Sharifah Habsah Alawi (lima dari kiri) antara 340 penerima darjah dan bintang kebesaran Negeri Kota Kinabalu, hari ini (Rabu).

Mohamad Alamin dan Sharifah yang juga isteri kepada Pengerusi Suria Group, Datuk Haji Faisyal Yusof Hamdan Diego (empat dari kiri) menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Mahiruddin. Sementara itu, Hafarizam pula menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Turut menerima anugerah ialah Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.- SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan