Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Model terkini Mazda2 dipasarkan di Sabah

PENAMPANG – Jika sebelum ini orang ramai hanya melihat kereta Mazda2 dalam bentuk gambar sama ada menerusi majalah, internet atau laman sosial, namun orang ramai berpeluang memiliki kenderaan tersebut yang kini berada dipasaran di negeri ini.

Mazda2 dikuasakan dengan enjin petrol SKYACTIV-G 1.5 liter dilancarkan oleh pengedar utama Mazda di Malaysia Timur, Maxspeed Automart Sdn Bhd (Maxspeed Automart) pada satu majlis yang berlangsung di bilik pameran syarikat itu di Bangunan Mazda di sini, hari ini.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang pengeluar di Thailand itu akan dijual di pasaran dengan satu harga RM87,956 di atas jalan termasuk insurans dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer pertama serta pakej servis percuma selama tiga tahun atau 60,000 kilometer pertama.

Pengarah Urusan Maxspeed Automart, Philip Lau berkata, pihaknya optimis model berkenaan mampu menerima sambutan memberangsangkan daripada pengguna di negeri ini.

“Namun, pihak kami tidak menetapkan sebarang sasaran jualan untuk model tersebut,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran tersebut di sini hari ini.

Katanya, ia hanya bergantung kepada berapa banyak yang mampu dibekalkan oleh kilang pengeluar di Thailand.

Mazda2 juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan beg udara berkembar. Namun, aspek keselamatan lain seperti sistem brek ABS dengan EBD, BA dan Dynamic Stability Control (DSC) adalah dalam kategori standard serta turut dilengkapi system brek cakera keempat-empat roda kenderaan itu.

Kenderaan dalam versi hatchback dan sedan itu, ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Soul Red Metallic, Metropolitan Grey, Snowflake White Pearl dan Aluminium Metallic. – SAYANGSABAH

2015-Mazda-2-41
Mazda2 dikuasakan dengan enjin petrol SKYACTIV-G 1.5 liter.

Komen


Berita Berkaitan