Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Model bunuh diri anggap sudah tua

IRINA
IRINA

Almaty (Kazakhstan): Seorang model membakar dirinya kerana tertekan akibat sudah tua hingga menyukarkan dia mendapatkan kerja.

Mayat Irina Livshun, 31, ditemui hampir rentung di apartmennya di bandar ini baru-baru ini bersama satu tong gas.

Jurucakap polis, Saltanat Azirbek berkata, keluarga Irina memberitahu polis, wanita itu mengalami kemurungan kerana tidak diambil bekerja selama beberapa bulan.

“Irina dilaporkan pernah cuba membunuh diri beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Menurut rakan-rakannya, Irina seorang model popular ketika muda dan diambil bekerja beberapa syarikat fesyen terkenal.

“Irina seorang model yang popular dan menyertai banyak pertunjukan fesyen.

“Bagaimanapun, kini syarikat fesyen enggan mengambil Irina bekerja lagi menyebabkan dia sedih dan tertekan,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan