Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Model buka baju di Jalan Petaling kena bon kelakuan baik

BEKAS model sambilan, Persana Avril Sollunda. - Foto BERNAMA
BEKAS model sambilan, Persana Avril Sollunda. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret sebentar tadi, melepaskan pelakon dan model Persana Avril Sollunda yang didakwa berkelakuan lucah di tempat awam tahun lalu, dengan bon berkelakuan baik serta jaminan RM4,000 selama dua tahun.

Majistret Nur’ Aminahtul Mardhiah membuat keputusan itu selepas Persana yang sepatutnya dibicarakan atas kesalahan itu hari ini, menukar pengakuannya.

Nur’ Aminahtul turut memerintahkan tertuduh menjalani syarat tambahan iaitu dia dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali bagi pemeriksaan ujian air kencing.

Persana dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, pada jam 2.07 petang, pada 23 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Persana diwakili peguam Kelvin Tan manakala Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po’ad. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan