Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

[email protected] platfrom lahirkan usahawan pedalaman

Sabri (kiri) dan Musa (kanan) bersama salah seorang penerima bantuan berkenaan.

KOTA KINABALU: [email protected] yang dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menjadi platform melahirkan lebih ramai belia pedalaman yang berjaya sebagai usahawan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak tahun 2016 seramai 4500 usahawan belia bakal menerima manfaat daripada bantuan berupa sebuah motorsikal melalui program ini.

Menurut Sabri, motorsikal yang dipasang dengan kotak peralatan dan set peralatan kemahiran ini akan diberikan kepada belia yang mempunyai kelulusan dalam bidang tertentu selain turut diberikan kursus asas keusahawanan.

“Kita akan memantau para penerima selama enam bulan disamping akan diberikan kursus kemahiran dan motorsikal ini juga akan diletakkan di bawah kementerian sebelum diserahkan sepenuhnya kepada penerima selepas tiga tahun jika memenuhi kriteria yang ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan [email protected] Peringkat Negeri Sabah, di Bangunan UMNO, hari ini.

Sabri turut menyatakan, program ini telah dimulakan pada tahun 2016 namun hanya melibatkan 500 penerima dengan peruntukan sebanyak RM5 juta dan pada tahun 2017 Perdana Menteri telah meluluskan sebanyak RM30 juta lagi melalui bajet tahun 2017.

“Melalui peruntukan yang diluluskan dalam bajet tahun 2017 ini, ia telah memberikan manfaat kepada seramai tiga ribu lagi usahawan dan pada tahun ini melalui bajet tahun 2018 sejumlah RM10 juta lagi diperuntukkan yang akan memberikan seramai seribu lagi usahawan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman turut menyambut baik program seumpama ini yang bakal memberikan peluang kepada usahawan pedalaman untuk menjana pendapatan.

Beliau juga menyeru para penerima bantuan berkenaan agar tidak menyalahgunakan bantuan itu dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Bantuan seumpama ini merupakan antara bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin terhadap keperluan dan permasalahan rakyat dan kita akan meneruskan program seumpama ini di masa akan datang,”katanya.

Setakat ini, seramai 3,000 orang penerima di seluruh negara telah disahkan oleh kementerian untuk menerima bantuan ini dan daripada jumlah berkenaan seramai 291 adalah penerima dari Sabah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Maleh dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah./SayangSabah

Menteri KKLW Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman mengambil gambar bersama penerima bantuan berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan