Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MMT JUNIOR KECEWA LAGI

KOTA KINABALU: Wakil Sabah, Media Mix Team (MMT) Junior kecewa lagi dalam perlawanan akhir kategori emas Piala Borneo Malaysia B-11 apabila kalah 2-0 kepada pasukan dari Indonesia, Astam SS di Stadium Likas, hari ini.

Tahun lalu, MMT Junior mara ke peringkat akhir kejohanan yang sama namun tewas kepada pasukan Dreaming Football dari Filipin dengan jaringan gol 1-0.

Dibarisi pemain daripada Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu dan pedalaman, MMT Junior bermain dengan semangat juang tinggi kali ini dengan harapan untuk menebus kekecewaan tahun lalu.

Pasukan MMT Junior bersama para jurulatih di Stadium Likas. Gambar SNT/Chris Maskilone

Namun Astam SS juga bukan calang-calang pasukan dan mereka berjaya membuka tirai jaringan untuk mendahului 1-0 dalam separuh masa pertama.

Dalam babak kedua, MMT Junior dibawah kendalian jurulatih, Gideon Gadit cuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan tetapi akhirnya Astam SS pula berjaya membolosi gawang untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga masa tamat.

Astam SS dari Indonesia muncul juara Piala Borneo Malaysia B-11 2018 selepas mengalahkan MMT Junior 1-0 tadi di Stadium Likas. Gambar SNT/Chris Maskilone

Bagi perlawanan tempat ketiga bagi kategori emas, FC Kuala Lumpur menewaskan St George of Australia, 3-2.

Perlawanan akhir bagi kategori perak menyaksikan JP Voltes dari Filipin menang 2-0 menewaskan TABS Manggatal manakala satu lagi pasukan Filipina, Claret School of the Philippines menang besar 6-1 keatas pasukan Malaysia, Burnmark United dalam perlawanan merebut tempat ketiga.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh bekas pemain negara Australia dan juga pemain impot Pahang, Alan Davidson. Turut hadir, bekas penyerang Sabah dari Australia, Scott Olleranshaw mewakili Borneo Sports and Adventure Holidays iaitu penganjur pertandingan untuk pembangunan bolasepak muda.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan