Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MKN tewaskan JaPen 1-0

PERSAHABATAN….Swady (enam dari kiri) dan Sakka (sembilan dari kanan) bersama pasukan masing-masing merakan gambar kenangan.

Kota Kinabalu : Pasukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menewaskan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah 1 – 0 dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan.

Rentak dan kawalan pasukan JaPen yang berjersi biru kendalian Azizul Omar yang juga bermain sebagai penyerang tengah menggunakan formasi 3,5,2 itu berjaya mengekang serangan lawan yang diketuai Abd Hazan Jambangan.

Pemain sayap kanan, Mohd Nor Shafiq dan Datu Azlee Datu Abdullah yang banyak membantu di bahagian tengah melakukan beberapa hantaran lmenarik, namun terhalang oleh kekentalan pertahanan MKN, berjersi hitam diterajui Sakka Nordin selaku pengurus pasukan.

Ditambah dengan gandingan Kapten yang juga Pengarah JaPen, Swady Guliling bersama Timbalannya, Supian Musa juga kelihatan lincah mengasak bola ke kawasan lawan.

Bagaimanapun, akibat perebutan bola sesama pemain Japen di depan gawangnya, perlawanan akhirnya menyaksikan penjaga golnya, Warman Wagiman gagal menangkap bola hasil rembatan Roy Nazrin pada minit ke-25.

Tersentak dengan itu, JaPen terus mengukuhkan bahagian tengah dengan memasukan Lee Chuan Seng dan Asrye Asmarol sebelum rehat.

Pada masa kedua, beberapa pemain dimasukkan antaranya Ajin Setong bertindak menjaga gawang, Mohd Farhan Datuk Almain, Rozaidi Kulan, Dimin Sagun dan Zendi Kah Chee Vui bagi menguatkan bahagian tengah serta supersub, Edmund Jude Ronald Masigi bagi mengetuai jentera serangan JaPen.

Serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada babak kedua gagal menghasilkan sebarang jaringan hingga wisel penamat dengan kesudahan Japen tewas 0- 1 kepada MKN.

Suwadi yang ditemui menyatakan kebangaannya melihat pasukan mempamerkan peningkatan dan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki keputusan tetapi gagal.

“​I​ni ​adalah ​perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun nasib tidak menyebelahi kita (JaPen) dan tiang gol juga sebagai penghalang”,​ katanya.

Sementara itu, Sakka yang ditemui selepas perlawanan tersebut menyatakan sukan sebagai pemangkin ikatan persahabatan yang sedia terjalin bukan hanya antara agensi kerajaan tetapi d​alam ​kalangan pemain.​/Penerangan-

Badrul meggelecek bola yang cuba dihalang pemain MKN.

Komen


Berita Berkaitan