Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,682

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MKN Tahan 215 PATI Dalam Operasi Bersepadu Di Keningau

9:11am 10/04/2016 Pak Roshan 2377 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seramai 215 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu pelbagai agensi diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di daerah pedalaman Keningau, kira-kira 131 kilometer dari sini, sejak awal pagi semalam.

MKN Sabah dalam kenyataannya hari ini berkata kesemua PATI yang terdiri daripada 157 warga Indonesia, 56 warga Filipina dan selebihnya dari lain-lain kewarganegaraan merupakan sebahagian daripada 623 individu yang diperiksa dalam operasi yang berakhir pada jam 7 malam hari ini.

Mereka yang ditahan telah memasuki dan berada di negara ini secara haram, kata kenyataan itu.

Menurutnya kesemua 215 PATI berumur 11 hingga 53 tahun berkenaan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar, sementara menunggu keputusan siasatan lanjut selama 14 hari.

Sementara itu, menurut MKN sejak Januari 2016, hingga ke hari ini, seramai 2,748 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 908 telah ditahan.

Pada masa ini menurut MKN, seramai 4,461 PATI sedang ditahan di PTS di seluruh Sabah.

“Selain itu, bagi tempoh Januari hingga hari ini, sejumlah 7,885 PATI telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing dan dari jumlah itu 6,641 orang ialah warganegara Filipina, 1,198 warga Indonesia dan 46 orang lagi adalah lain-lain kewarganegaraan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan