Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MKN Sabah Tahan 217 Pati Dalam Operasi 3 Hari

pati

KOTA KINABALU – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menahan 217 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu sepanjang tiga hari lepas.

Setiausaha Keselamatan Negeri MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata mereka adalah antara 496 PATI yang diperiksa dalam operasi itu di Beaufort dan Sipitang.

“Kesemua PATI itu telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Papar,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini. Kenyataan beliau dibacakan oleh Penolong Setiausaha Operasi 2 DSP Annuar Ali.

Rodzi berkata operasi itu, yang melibatkan 95 pegawai dari MKN Sabah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara Sabah dan Jabatan Pertahanan Awam Sabah, dilakukan di kawasan setinggan, kongsi pekerja dan kawasan umum.

Hasil operasi itu, pihaknya mendapati ada majikan menggaji warga asing yang tidak memiliki dokumen sah dan tanpa permit.

Sementara itu, katanya terdapat 4,014 orang ditahan di empat PTS di negeri ini iaitu 3,137 warganegara Filipina, Indonesia (787) dan lain-lain (90).

Selain itu, seramai 1,302 orang iaitu 1,025 warganegara Filipina dan 277 warganegara Indonesia telah diusir ke negara asal maisng-masing sejak 1 Jan lepas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan