Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MKN Sabah Tahan 158 Pati Dalam Operasi Bersepadu

12:51pm 14/10/2016 Pak Roshan 656 views Jenayah,Mutakhir

pati

KOTA KINABALU : Seramai 158 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Pengarah MKN Negeri Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, seramai 118 lelaki dan 25 wanita adalah rakyat Filipina manakala selebihnya lelaki rakyat Indonesia.

Kesemua PATI itu yang berumur di antara 13 dan 55 tahun ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar sementara menunggu siasatan lanjut selama 14 hari, katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Operasi bersepadu itu, yang bermula dari 12.30 tengah malam tadi hingga 8.30 malam ini, disertai anggota Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Ketua Menteri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Rodzi berkata seramai 2,146 PATI ditahan di seluruh Sabah sejak Januari tahun ini.

“Selain itu, seramai 5,036 PATI sedang ditahan di PTS di seluruh negeri ini termasuk 1,783 orang di PTS Kota Kinabalu, PTS Sibuga (1,328 orang), PTS Tawau (1,167 orang) dan PTS Papar (758 orang),”katanya. Sejak Januari tahun ini, seramai 18,083 PATI dihantar pulang ke negara asal masing-masing iaitu Filipina (14,254 orang), Indonesia (3,656 orang) dan lain-lain seramai 173 orang.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan