Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,730

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MKN Sabah Hantar Pulang 400 PATI Warga Filipina

10:18pm 15/11/2016 Pak Roshan 318 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

pati

SANDAKAN : Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah hari ini menghantar pulang seramai 400 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina ke negara mereka melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad berkata operasi penghantaran pulang itu bermula jam 6 petang dengan menggunakan feri ‘MV Lady Mary Joy 3’.

Katanya, ia membabitkan PATI berusia antara setahun dan 60 tahun yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara Sandakan.

“Usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan begitu serius dalam menangani masalah PATI di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata proses penghantaran pulang itu tergendala lebih sebulan disebabkan feri ‘MV Danica Joy 2’ yang dijadual digunakan telah karam di pelabuhan Zamboanga pada 22 Sept lepas.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan