Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MKN Sabah Hantar Balik 452 PATI Filipina

6 PATI-KK-600x338

SANDAKAN : Seramai 452 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Md Saad berkata penghantaran PATI berkenaan dengan menggunakan feri ‘MV Lady Mary Joy 3’ pada jam 7.30 pagi.

Katanya PATI yang dihantar pulang adalah dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan dan PTS Tawau.

“PATI yang dihantar berusia antara setahun hingga 84 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selasa lepas, MKN Sabah menghantar pulang seramai 400 PATI warganegara Filipina dari pelabuhan sama.

Rodzi berkata usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan begitu serius dalam menangani masalah kesesakan PATI di pusat tahanan sementara di negeri ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan