Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MKN Sabah Hantar Balik 4,169 PATI Ke Negara Asal Dalam Tempoh 35 Hari

pati-tawau-600x366

SANDAKAN : Gerak kerja pengusiran intensif oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah membolehkan seramai 4,169 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar balik ke negara asal dalam tempoh 35 hari iaitu sejak 15 Nov lepas hingga semalam.

Pengarah MKN Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata jumlah pengusiran PATI seramai 22,617 pada sejak Januari hingga semalam mencatatkan rekod apabila sejak 1990 hingga semalam, seramai 552,558 PATI warga asing telahpun diusir dari negeri Sabah.

Katanya statistik ini jelas membuktikan bahawa kerajaan komited dalam menunaikan janjinya untuk membersihkan Sabah daripada gejala PATI dan usaha ini dilaksanakan secara berterusan melalui tindakan pelbagai agensi penguatkuasaan secara bersepadu yang diterajui oleh MKN Sabah.

Menurutnya operasi untuk menahan serta mengusir PATI akan sentiasa menjadi keutamaan dan diteruskan bagi memenuhi aspirasi rakyat serta kerajaan yang mahukan negeri Sabah bebas daripada masalah PATI.

Ia juga selaras dengan keputusan kerajaan melalui Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah yang dipengerusikan bersama oleh timbalan perdana menteri dan ketua menteri Sabah, katanya dalam kenyataan, Rabu.

Semalam, seramai 398 PATI warganegara Filipina telah diusir dalam gerakan pengusiran melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Dari jumlah tersebut, 195 orang adalah dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, 201 orang dari PTS Papar manakala dua orang lagi adalah PATI yang ditahan di PTS Sandakan.

Rodzi berkata seramai 3,795 lagi PATI masih ditahan di empat pusat tahanan sementara di Sabah iaitu seramai 724 di PTS Kota Kinabalu, 1,523 di PTS Papar, 477 di PTS Sibuga, Sandakan dan 1,071 di PTS Tawau.

Menurutnya sesemua PATI ini akan diusir segera sebaik sahaja urusan dokumentasi perjalanan mereka diterima dari Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan