Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MKM anjur ‘Seminar Koperasi Ke Arah Negara Maju’

10:48am 25/08/2016 Leolerry Lajius 201 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai ‘Seminar Koperasi Ke Arah Negara Maju’ yang akan diadakan pada 19 dan 20 September depan di Hotel Soluxe, Putatan.

Seminar yang dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia Zon Sabah (MKM) ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para peserta berkaitan peranan dan penglibatan koperasi dalam memastikan pembentukan Malaysia sebagai negara maju dan juga mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam gerakan koperasi terutamanya dalam mengahadapi cabaran dalam menjadi sebuah negara maju.

Menurut Pengarah MKM cawangan Sabah Christopher John Baptist, seminar ini adalah terbuka kepada orang ramai dengan yuran sebanyak RM50.00 kepada anggota koperasi dan RM100.00 yang bukan anggota koperasi.

“Penginapan juga turut disediakan yang akan ditanggung oleh pihak MKM dengan memberi keutamaan kepada peserta yang tinggal jauh dari Kota Kinabalu,”katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyertai seminar ini bagi mengikuti pengisiannya agar lebih bersiap sedia berhadapan dengan senario prasarana negara maju.

MKM menyasarkan seramai 100 hingga 150 orang yang akan menyertai seminar ini. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pengarah MKM cawangan Sabah Christopher John Baptist

Pengarah MKM cawangan Sabah Christopher John Baptist

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan