Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Miss Scuba International, Philippines rangkul 3 kejuaraan

5:40pm 29/11/2015 Leolerry Lajius 74 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pemenang Miss Scuba Internatinal (Top 3)-Gambar Oleh Jimmy Tan

Pemenang Miss Scuba Internatinal (Top 3)-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Peserta dari Philippines Cindy Madduna menjuarai Miss Scuba International bagi tahun 2015 dan turut menyandang dua kejuaraan lain iaitu Miss Marine Conservation dan Best in National Costume.

Tempat kedua pula disandang oleh peserta dari Venezuela Kiara Aiella yang turut menjuarai Miss Congeniality dan di tempat ketiga disandang oleh peserta dari United State of America Tessa Ptacek.
Miss Photogenic dan Miss Best in Talent disandang oleh peserta dari Latvia Ilze Jankovska.
Para peserta juga turut mengadakan lawatan ke rumah anak yatim dan turut terlibat dengan kempen “No Shark Fin’.
Acara tersebut yang diadakan di Magellan Sutera Harbour Jumaat  lalu disertai oleh wakil dari 18 buah negara. Kesemua peserta ini dilantik sebagai duta scuba untuk mempromosikan usaha memelihara dan memulihara hidupan marin -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah
Peserta dari USA Tessa Ptacek-Gambar Oleh Jimmy Tan

Peserta dari USA Tessa Ptacek-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan