Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“Miss Global International Malaysia State of Sabah” pertama kali di Sabah

KOTA KINABALU: Miss Global International Malaysia State of Sabah akan diadakan buat julung kalinya di negeri ini pada akhir bulan Februari tahun hadapan.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk mempromosikan industri pelancongan tempatan di samping memberikan peluang kepada peserta tempatan untuk bertanding di peringkat antrabangsa dan juga sebagai platfrom mempromosikan tradisi tempatan.

Menurut Pengerusi Penganjur Peringkat Negeri Fareast Noah, Pertandingan yang akan diadakan pada tahun hadapan itu akan mencari tiga orang wakil daripada 18 orang peserta untuk mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang diadakan di Oceanus Waterfront Mall petang tadi yang turut dihadiri oleh pemenang Miss Global International Sabah tahun lalu Immaculate Lojuki.

Miss Global International merupakan pertandingan ratu cantik ketiga terbesar di dunia dengan tiga gelaran utama bakal direbut oleh peserta iaitu “Miss International’, “Miss Supranational” dan “Miss Intercontinental”.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Peserta Miss Global International Malaysia State of Sabah-Gambar Oleh Jimmy Tan
Peserta Miss Global International Malaysia State of Sabah-Gambar Oleh Jimmy Tan

Komen


Berita Berkaitan