Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Misi We Care-Puteri Prihatin’ bantu 45 ketua keluarga, 182 mangsa kebakaran

Samsudin Yahya menyampaikan beg sekolah kepada murid-murid mangsa kebakaran di Kampung Gas, Sandakan.
Samsudin Yahya menyampaikan beg sekolah kepada murid-murid mangsa kebakaran di Kampung Gas, Sandakan.

SANDAKAN – Program Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi `Misi We Care-Puteri Prihatin’ membantu 45 ketua keluarga dan 182 mangsa kebakaran Kampung Gas, di sini yang kehilangan harta benda akibat kejadian itu yang berlaku pada Disember tahun lalu.

Mangsa menerima bantuan berbentuk barangan keperluan harian serta lampin pakai buang untuk 16 bayi dan seorang warga emas di kampung berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Dalam majlis itu juga, beliau turut menyampaikan beg sekolah dan peralatan alat tulis kepada kepada 13 orang murid sekolah rendah di kawasan itu.

Samsudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi berkata, dengan pendidikan dan kemahiran yang tinggi, generasi muda kini bakal menjadi aset penting kepada pembangunan negara.

“Apabila kita mempunyai generasi muda dan pekerja mahir, saya yakin kita mampu membangun dengan lebih pesat dan setanding dengan negara-negara maju yang lain,” katanya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan