Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Misi pencarian bakat baru melalui program Kem Badminton Astro

KOTA KINABALU: Pihak Astro sekali lagi dengan kolaborasi antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Nippon Badminton Association meneruskan misi pencarian bakat baru melalui program Kem Badminton Astro.

Program ini dibuka kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun dan astro telah menjelajah ke enam lokasi di seluruh negara dan Sabah merupakan destinasi yang kelima yang bermula sejak kelmarin.

Seramai 60 peserta terbaik yang disaring daripada kesemua enam lokasi bakal menjalani latihan insentif selama seminggu di Kuala Lumpur dan 30 orang pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang berpeluang merasai pengalaman peringkat antarabangsa di luar negara di mana mereka akan dibawa ke Jepun dan akan mengikuti latihan selama dua minggu bersama jurulatih kebangsaan Jepun di National Training Centre, Tokyo.

Lokasi terakhir bagi program ini akan diadakan di Kompleks Sukan MSN, Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kuala Lumpur pada 7 Mei nanti.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan