Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Misi Kelab Putera 1Malaysia Ke Gaza Kali Ini Dilengkapi Baju Kalis Peluru

putera 1malaysia

PUTRAJAYA — Peserta misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza kali ini akan dilengkapi dengan baju kalis peluru dan topi keledar keselamatan.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata aspek keselamatan itu dipertingkatkan dengan mengambil pengalaman lepas setelah seorang jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor maut terkena tembakan curi semasa misi kemanusiaan KP1M ke Somalia pada 2011.

“Selepas kejadian tersebut ramai pihak pembangkang menyalahkan saya oleh itu untuk misi selepas ini kita akan meningkatkan aspek keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Keluarga dan Waris Perwira Negara Lahad Datu, Krew MH370 dan Keluarga Anggota Tentera oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata misi kemanusiaan yang akan digerakkan dua minggu dari Ahad ini jika Mesir membuka laluan Rafah untuk ke Gaza, kini sedang mengumpulkan bekalan yang bakal dibawa ke sana antaranya bantuan makanan.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO berkata jika mengikut perancangan yang ditetapkan misi kali ini dijangka berada di sana selama dua minggu hingga selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Abdul Azeez untuk membuat persediaan untuk mengembleng misi kemanusiaan seperti bantuan makanan dan perubatan.

“Akan dibawa bersama doktor ortopedik dan pakar bedah untuk menolong mereka dari segi perubatan dan sebagainya,” kata Najib di sini.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menghulurkan bantuan agar berhubung dengan Biro Kebajikan Umno agar ia boleh diselaraskan.

Komen


Berita Berkaitan