Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno Ke Gaza 6 Ogos

bantuan ke gaza

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Misi bantuan kemanusiaan biro kebajikan Umno yang sertai 65 orang termasuk doktor pakar, paramedik dan sukarelawan dijangka berlepas ke Gaza pada 6 dan 12 Ogos ini.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kumpulan pertama yang berlepas pada 6 Ogos terdiri daripada lapan individu dan diketuai Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Farid Hassan.

“Kumpulan kedua misi terdiri daripada 57 peserta dijangka berlepas pada 12 Ogos dan diketuai saya,” katanya dalam sidang media misi bantuan itu di sini pada Selasa.

Beliau berkata semua perancangan misi kali ini masih bergantung kepada keadaan di Gaza dan kesediaan Mesir membuka laluan masuk ke wilayah itu.

“Saya selaku ketua misi mengingatkan pasukan yang terlibat untuk tidak bergerak sendiri dan perlu memasuki negara itu melalui laluan yang ditetapkan sahaja bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

“Ia juga bagi memudahkan pihak Wisma Putra memantau pergerakan kami selain menyusun atur perjalanan masuk dan keluar dari Gaza,” katanya.

Abdul Azeez berkata doktor yang menyertai misi kali ini terdiri daripada pakar ortopedik, pediatrik dan dua pakar sakit puan yang akan ditempatkan di empat hospital di Gaza.

Antara sumbangan yang akan disalurkan misi itu kepada penduduk Gaza ialah 10,000 pek makanan dan minuman bernilai RM50,000 sumbangan Nestle Berhad dan ubat serta tongkat bernilai RM46,000 dari Saha Technology (M) Sdn Bhd.

Turut memberi sumbangan ialah Mah Sing Group Foundation yang menyalurkan RM300,000, katanya.

Beliau juga berkata anggota misi itu dijangka pulang ke tanah air pada 16 Ogos.

Komen


Berita Berkaitan